28 May 2012

1 tahun 5 bulan

overflowing love. after 1 year and 5 months. the top item dalam list "the most wanted item" akhirnya dah dapat. 25/5/2012. a special moment, a special memory. aishiteru! saranghae! i love you! ich liebe dich! :D

silver couple ring. =)

*walau tak mahal mana tapi saya tetap suka dan hargainya. terima kasih awak! :D

29 April 2012

dunia

Jiwa tidak pernah kosong
tapi manusia itu sendiri yang sengaja biarkan ia kosong
Jiwa tidak pernah kosong
kerana di dalamnya ada nama sang pencipta
Bukan niat untuk menunjuk diri
sekadar tinta untuk muhasabah diri
Tidak terniat menyakitkan hati
sekadar berkongsi luahan hati.

Terlalu banyak provokasi
Terlalu banyak modenisasi
yang tidak perlu diberi publisiti
yang diperlukan hanyalah improvisasi
Hentikan penipuan terhadap diri sendiri
kerana yang diperlukan kebenaran hakiki
Kebebnaran hakiki dalam realiti
Tak perlu lagi ditabur janji
jika tiada niat untuk dipenuhi
kelak timbul sifat munafik dalam diri.

*manusia ini bijak sebenarnya jika mereka berhenti sejenak untuk berfikir.

26 April 2012

renungan #4

maaf aku ucap dulu kalau entry aku ni akan menyebabkan orang sakit hati atau fikir aku ni bagus. kalau rasa menyampah jangan baca terus je klik close ok? no heart feelings! :)

first of all, aku nak cerita sikit la. manusia ni kadang2 eh bukan kadang2 tapi selalunya la kan salah orang  memang nampak tapi salah sendiri jarang nampak. cakap itu ini pung pang pung pang tapi tak sedar diri sendiri yang buat benda tu. ape? kata2 aku kasar ke? eh tengok dulu kata2 siapa yang kasar. aku ni kalau orang tak mulakan aku pun takkan mulakan. kalau sekali orang dah buat taik dengan aku selamanya aku akan ingat dan aku akan balas balik apa yang dibuat. aku akan balas tak kira la buat baik atau  jahat tapi aku akan membalas. maaflah aku ni memang jenis suka membalas. kalau nak aku balas baik buatlah baik dengan aku. kalau nak tengok aku balas jahat buatlah jahat dengan aku.

eh aku cakap orang tapi aku pun sama? hmm ye aku tahu kadang2 aku ni pun ada menyakitkan hati orang sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. tapi sekurangnya aku minta maaf dengan orang tu. dan aku tidaklah setebal muka orang2 yang dah buat salah tapi pretend macam tak buat salah. jangan fikirkan diri sendiri sangat. kita hidup dalam dunia dengan orang ramai. kadang2 kita kena jugak ambil berat tentang apa yang orang sekeliling kata. jangan ambil yang negatif tu tapi jadikan ia positif. sekurangnya fikir dulu sebelum menghembus segala benda kat orang. jaga hati orang lain kalau nak hati kita dijaga. fikir positif je. fikir apa pahala yang kita akan dapat kalau kita buat sesuatu. dengan tu kita akan jadi lebih rela untuk berbuat sesuatu. aku bukan nak kata aku ni baik. tak sama sekali. aku cuma nak ingatkan je. ni untuk aku sendiri jugak. just think before you speak.

*pentingkan diri itu perlu tapi jika terlalu pentingkan diri itu sangat tidak bagus. tengok situasi kalau nak pentingkan diri pun.
*dah lama tak berblog. tiba2 je keluar entry marah gini kan. apa nak buat. dunia.

27 March 2012

Lara lagi

Hanya sampai di sini saja
kisah cinta kita berdua
tiada daya selamanya
terhenti di sini

Biarku pujuk hati ini
merawat rinduku sendiri
setelah aku kau lukai
sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
tiada lain dalam diriku
takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
tak pernah goyah tak pernah jemu
takkan terpadam dalam hatiku
ia milikmu.......Percayalah

Mungkin sudah suratan kita
terpisah sebegini saja
pasti di satu hari nanti
ku jejak bahagia

*layan jiwang buat sementara waktu.

25 March 2012

Ayah, abah, daddy, bapak, papa, abi, baba

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah silalah share :)

sumber : facebook

*Saya sayang abah saya, baru sedar umur abah dah 60 tahun rupanya masuk tahun 2012 ni. =)

21 March 2012

blog dia

hola. kali ni nak promote satu blog lagi. kerja aku duk promote page and blog orang jela kan. tapi orang yang terdekat and tersayang jela. hehe :D
so kali ni nak promote 1 blog. blog ni blog perniagaan jugak. bisnes orang terdekat dengan aku. dah2 tak payah nak bising2 lagi. meh aku bagi link blog dia. ni link dia. Landskap Kayu korang klik la and follow sekali kalau nak ok? tak paksa pun. aku ni cuma nak bantu dia je. :)

meh nak cerita sikit pasal blog tu. blog tu lebih kepada untuk tunjuk pada customer yang nak tempah. bisnes apa? bisnes landskap kayu and buat2 apa2 barang yang berasaskan kayu. perabot ke barang2 landskap ke. apa2 yang berkaitan kayu la senang cerita. hmm....nak cerita pun susah la lebih baik korang klik tengok and follow. blog tu baru dibuat la. dan akan diupdate selalu insyaallah. so tu je. sayonara! :)

18 March 2012

Tuhan jagakan dia

tengah duk godek2 youtube semalam sekali terjumpa satu lagu ni. lirik dia best tapi lagu dia agak slow la. tapi dah nama pun jiwang kan so memang la slow. hehe dengar2 la lagu ni ye. dan lagu ini ditujukan khas kepada dia. :D


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh menyintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

*terkejut dapat tahu seorang sahabat aku dah meninggal dunia. dapat tahu pun lambat. al-fatihah untuk arwah Noramin Mohamad Nor bekas MPP UiTM Perak. semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. amin~