09 May 2011

apa itu sahabat?



tapi kalau kawan tu yang tak nak cerita apa masalah dia then tiba-tiba nak berubah angin tak tentu pasal macam mana? 
kalau dah comfort dia tapi dia still tak nak cerita jugak then tiba-tiba dia tuduh kita tak ambil berat pasal dia macam mana?
aku mungkin belum jadi sahabat yang baik. 
aku mungkin tak pandai menasihat tapi aku pandai mendengar.
kalau rasa dengan mendengar ni tak bantu apa-apa itu tak boleh buat apa la kan.
tu terpulang pada individu itu sendiri.
so fikir2 lah kamu semua nak jadi sahabat yang mana. :)

08 May 2011

mak' day!

mak, ibu, mama, umi, mommy dan pelbagai lagi panggilan untuk orang yang bergelar ibu ni.
hari ibu?hari mak? bagi aku hari ibu tu tak penting mana pun.
family aku tak pernah sambut hari ibu atau hari bapa ni semua.
yang kami sambut hanya lah hari lahir ahli keluarga kami.

bagi aku tiap2 hari ialah hari ibu. bukan masa hari ibu je kita rajin tolong dia kemas rumah atau memasak untuk dia. tapi kalau kita buat untuk dia hari2 pun tak salah. lagi sejuk hati dia tengok anaknya membantu.
cewahh ayat bukan main. kau pernah buat gitu hari2 ke? eh rajin taw. bila mak suruh buat keje aku buat. haha

ok aku kadang2 je wish kat mak aku mother's day ni. ikut mood. tapi dari kecik aku ngn adik beradik aku tak tahu pun hari ibu ni untuk apa. sebab tu bila dah besar ni pun buat bodoh jela. yang penting time besday dia memang kami sambut.

so kesimpulannya di sini ialah aku sayang mak aku hari2. dia wanita terhebat di dunia ni. kalau aku boleh bertukar nak jadi ape aku pilih untuk jadi dia sebab mak aku pandai dalam segala bidang. i heart u mak! :D

06 May 2011

Coke + Panadol = ???

entry untuk bahan ujikaji aku.
ada orang kata kalau minum coke makan sekali dengan panadol akan buat kepala kita rasa berangin.
ada juga yang kata boleh high.
adakah mereka mengambil panadol dengan dos yang banyak dan disertakan dengan air coke?
yang aku nak bagitahu kat sini panadol bersama coke itu tak berkesan pun.
mana aku tahu?sebab aku dah cuba buat dah.
tapi aku cuba dengan 2 biji panadol serta sedikit air coke sahaja.
dan kepala aku tak rasa high tak rasa berangin. cuma ada rasa pening sikit jela.
but the conclusion is the hyppothesis is null. eh dah macam subjek research pulak aku ni.
nyway aku dah puas hati sebab aku dah try. mungkin lepas ni aku nak try dengan dos yang lebih banyak. boleh tak kawan2?tapi kena tunggu time kepala maha serabut + tensen lagi la macam minggu ni. hee~



gambar hiasan esan dari google image. 

02 May 2011

STRESS!!!

I AM VERY STRESS!
MUNGKIN TAK NAMPAK DI LUARAN TAPI DALAMAN NI AKU JE YANG TAHU BETAPA STRESS NYE AKU!
AKU NAK BALIK RUMAH CEPAT2!
RASA SENAK KEPALA DENGAN EXAM NI SEMUA...

SI COMOT! AKU RINDU NAK PELUK KAU!

STOKIN AKU RINDU NAK BELAI KAU!

THREE STOOGES! SI GEMOK 3 ORG! MAKSU RINDU KAMU JUGA!

SI ADAM HENSEM GEMOK! BILA NAK DATANG MELAKA LAGI?

AND ABOVE ALL I MISS THIS TWO CHICKS A LOT! I NEED THEM NOW! =(