13 April 2015

2015 - 7 Preparation

Assalamualaikum semua.

Huwaaa hampir sebulan tak update blog. Sibuk sangat dengan kerja opis. Ok alasan cliche sangat. Huu~ Tapi memang betul pun. Lagi pun kat opis ni tak boleh nak update sangat sebab sentiasa ada yang memerhati. Hahaha bunyi macam menakutkan. Tapi itulah hakikatnya.

Ok tak nak cerita pasal opis. Aku nak cerita pasal preparation B2B aku. Sekejap je dah bulan April weh!!! Serius masa kenapa cepat sangat berlalu. Banyak lagi yang aku tak prepare actually. Tapi yang mana major items tu dah siap booking la. Tinggal nak finalise je balik design, baju, colour etc tu semua la. So tinggal yang minor items yang sebenarnya lagi leceh dan memerlukan masa. Dulang hantaran 1 apa pun tak cari barang lagi. Doorgift pun aku takde idea lagi nak buat apa. Serius banyak benda sebenarnya aku tak setel lagi. Nampak je aku ni duk counting days, tapi dalam menghitung hari tu punyalah cuak tahu tak? Cuak sebab takut semua tak sempat nak siap on time. Takut semua tak jadi seperti yang aku harapkan. Huarghh!! aku paling tak suka macam tu.

Tapi dalam cuak and nervous ni sempat lagi berjimba dengan encik tunang. Bukan la berjimba apa pun cuma berdating je. Tiap hari ahad je mesti dating. Aku kena dating jugak tiap minggu. Hahaha kalau tak jumpa dia nanti aku rasa stress. Hahahaha macam orang tak betul je aku ek? Hihihi tapi itulah hakikatnya. Lagipun aku kesiankan dia. Kalau dia duduk rumah pun bukan apa boleh buat. Nanti tidur je tak produktif. So lebih baik dia dating dengan aku. Kuikuikui. Dating pun bukan lama dating kejap je. Buat lepas rindu sebab memasing sibuk kerja seminggu tu kan. Kira spend quality time together la. Sesambil tu bincang la pasal majlis, itu ini semua.

Ni tarikh nak dekat lagi la cuak. Dah start nak kena setelkan borang mak nenek and test HIV tu semua. Bulan depan memang start pening la aku gamaknya. Mr. Bobot punya pun aku kena setelkan aku punya pun aku kena setelkan mana tak pening. Dah lah Johor punya prosedur macam leceh je. Adeh bertabahlah. Takpe2 nak kahwin punya pasal lautan luas mampu ku redah. Cewahhh! Haa cakap pasal borang2 ni semua aku pun tanya la kawan aku macam mana proses and prosedur sebab dia kan sama situasi dengan aku which is lelaki orang Johor and perempuan orang Melaka. Lepas tu google2 sikit baca blog sana sini dah faham lah sikit2. Tinggal nak laksanakan je. Fuhhh berdebar2 pulak rasa.

Ok la tu je la nak cerita. Nanti2 aku update lagi.

Thanks for reading this entry! :)

6 comments:

  1. tick tok ..tick tok hihihi

    ReplyDelete
  2. Sis, lg 2bulan.Banyak dah buat preparation?Boleh update lagu blog.
    Btw,congrat!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu sorry dah lme x update sbb busy sgt. Btw thanks. :)

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan :)

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/p/wedding-review.html

    ReplyDelete
  4. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete