27 July 2016

2016 - 01 New Chapter

Assalamualaikum,

Weeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Seriuosly last update aku is around October 2015???? Seriouslyyyyyyyyy?? Hahahaha Gila lama aku tak update weh. sorry ler makin busy hidupku sekarang ni. Tak sempat nak tengok blog and menaip. Sungguh aku rindu sebenarnya dengan blog aku ni. Sinilah tempat aku luahkan perasaan aku mana boleh aku lupakan blog ni. Seronok tengok kekawan rajin update blog diorang. aku je yang malas. Huhu.

Dunia kerjaya aku sekarang teramat la busy. Nak update kat ofis memang dah tak sempat. Ni pun curi2 kejap. Sebab tetiba teringat blog ni. Huhu.

Apa yang berlaku sepanjang lebih 9 bulan aku tak menaip blog ni? Banyak sangaaaaatttttttt!!! Spin 360 darjah dah hidup aku sekarang ni. Rutin harian aku lepas kahwin hari tu dah berubah. nak kena masak, kemas rumah, dengan kerja opis lagi. Dah la sekarang kerja balik pukul 6 petang. Tapi bukannya dapat balik on time pun. Memang maghrib la selalu baru sampai rumah.

Bila dah sampai rumah memang takde masa nak bukak laptop dah. Broadband pun dah slow. Nak on hotspot pun malas sebab laptop aku pun dah slow. Lama dah tak guna laptop untuk online sejak2 dah ada smartphone ni kan. Hehe

Lepas kahwin hiduo berubah 360 darjah. Then sekarang ni pun hidup aku berubah 360 darjah lagi sekali. Sebab now dah ada orang baru dalam hidup kami. Alhamdulilah rezeki dari Allah swt untuk kami. Orang baru yang telah menceriakan hidup aku. Tapi tapi aku masih belum percaya yang aku sebenarnya dah jadi seorang ibu. *emoticon terkejut*

Hihi serius la weh macam tak percaya dah jadi mak. Macam tak percaya fasa mengandung dah habis. Macam tak percaya aku yang beranakkan dia. Ahaks! Pengalaman? banyak sangat!!! Macam2 rasa pulak tu. Dari mengandung risau macam mana la masa bersalin nanti. Lastly berjaya hadapinya jugak. Alhamdulilah. Cerita bersalin tu nanti2 la aku cerita kalau aku ada masa ye. Hehe

Ok la Gotta go. Banyak kerja menanti. Bye for now. Till then enjoy la gambar picisan dari ku. Hiks~

NUR AUNI BINTI MOHAMMAD NOR HANAFFI PERMATA HATI KAMI.

Budak comel yang suka senyum. Mestilah comel. Kenalah puji anak sendiri kalau tak sape lagi nak puji ye dak? :D

No comments:

Post a comment